Biodata Nurul Izzah Anwar, Yb

Biodata Nurul Izzah Anwar, Yb

Nurul Izzah binti Dato' Seri Dr. (HC) Anwar atau nama penuh dengan gelaran Yang Berhormat Nurul Izzah binti Dato' Seri Dr. (HC) Anwar,  lahir pada tarikh 19 November 1980 dan merupakan salah seorang ahli politik, dan anak sulung kepada pasangan Dato' Seri Anwar Ibrahim (Presiden Parti Keadilan Rakyat), juga bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1993-1998) dan Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, timbalan perdana menteri. Beliau merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada PRU-14 2018. Pada peringkat parti, beliau ialah Naib Presiden KEADILAN sehingga tahun 2018.


wikipedia

Biodata Nurul Izzah Anwar, Yb



Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Ketika pendidikan menengah, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Sri Bandaraya dan Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Di peringkat pengajian tinggi iaitu universiti, beliau menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Perak. Tetapi kemudian berpindah ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik dan menerima ijazah pertamanya pada tahun 2004. Beliau seterusnya menyambung pengajian Ijazah Sarjana (MA) di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dan tamat pengajian pada Mei 2007.

Selepas menuntut di universiti, Nurul Izzah menjadi penyelaras politik di pejabat Parti Keadilan Rakyat. Seterusnya menjadi sukarelawan kepada pasukan Pemantau Kesihatan Global (Global Health Watch) dan menjadi ahli majlis Forum Antarabudaya Pemimpin Wanita yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.


Post a Comment

0 Comments