Maxim atau lebih di kenali taxee driver adalah salah satu aplikasi yang moden untuk mengatasi permasalahan kenderaan yang tidak menetapkan kadar harga pada paras yang sepatutnya.
Kewujudan aplikasi maxim, banyak membantu para pengusaha baik kereta atau motosikal untuk melakukan perniagaan khidmat penghantaran pelanggan atau barangan secara lebih baik dan konsisten.
Lazimnya, terdapat banyak kelebihan jika menjadi seorang pemandu maxim, antaranya adalah;
- Masa bekerja adalah fleksibel
Memandu kenderaan dengan memggunakan aplikasi maxim adalah sangat mudah. Selain daripada selamat, ia juga menyediakan masa bekerja yang fleksibel, anda boleh menetapkan masa bekerja dan berhenti rehat tanpa ada apa - apa kekangan daripada pihak kedua atau ketua.
- Menjana pendapatan pasif
Memggunakan aplikasi maxim dan seterusnya bekerja di bawah maxim, secara tidak langsung mampu menambah penjanaan pasif. Selain daripada itu, ia menjana sumber kewangan tambahan kepada isi rumah dengan lebih konsisten. Kehidupan harian akan lebih berkualiti dan kos perbelanjaan harian dapat di atasi dengan baik.
- Mempermudah urusan orang lain
Bekecimpung sebagai pemandu di bawah maxim, secara tidak langsung mampu mempermudah urusan orang lain. Perkhidmatan yang di berikan dengan baik, mampu mengembirankan dan mempermudah urusan orang lain, khususnya pergerakan meraka dari satu kawasan ke kawasan lain. Dalam pada itu, mereka juga tidak berhadapan dengan kesesakan lalulintas.
0 Comments