Pesta kaamatan adalah salah satu pesta yang diraikan atau di sambut setiap tahun oleh suku kaum kadazan dusun, khususnya di negeri Sabah dibawah bayu.
Keramaian ini adalah memperingati nostalgia kegemilangan etnik kebudayaan suku kaum berkenaan. Dalam masa sama, ia juga adalah simbol kepada semangat padi yang menjadi tunjang kepada keramaian berkenaan.
Lazimnya pelbagai aktiviti yang akan dilakukan apabila tibanya tarikh kaamatan, antaranya mempersembahkan tarian gala, pertandingan unduk ngadau dari setiap daerah, pameran barang atau peralatan kebudayaan, dan lain - lain lagi.
Justeru daripada itu, bagi tahun 2022 pesta kaamatan ini diraikan secara bersemuka selepas duabl negara berada dalam fasa pendemik. Dalam masa sama, diucapkan selamat menyambut hari kaamatan tahun 2022 khususnya kepada suku kaum yang meraikannya.
0 Comments