Pantun hari gawai pertama.
Hari gawai hari keramaian
Disambut meriah di negeri Sarawak
Kekalkanlah suasana yang aman
Agar kehidupan tidaklah sesak
Pantun hari gawai kedua.
Pelbagai aktiviti di hari gawai
Peragaan busana kebudayaan
Tingkatlah budi pekerti
Agar di sanjung sepanjang zaman
Pantun hari gawai ketiga.
Hari gawai hari kesatuan
Berhimpuan semua rakan taulan
Teguhkanlah ikatan penuh harapan
Agar budaya kekal berterusan
Pantun hari gawai keempat.
Pekakas peralatan dipamerkan
Buat tatapan zaman berzaman
Pewaris bangsa jangan abaikan
Didiklah dengan penuh iltizam
Pantun hari gawai kelima.
Tari menari di hari gawai
Tanda gembira dan kesenangan
Janganlah alfa dengan duniawi
Mari bersatu dengan menuju kemenangan
0 Comments