Faktor Mempengaruhi Perlakuan Seseorang

Faktor Mempengaruhi Perlakuan Seseorang

Perlakuan atau erti kata lain penampilan seseorang apabila ia menjangkau usia dewasa adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor sejak dari alam kanak - kanak.



Faktor Mempengaruhi Perlakuan Seseorang



Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi perlakuan seseorang;

  • Pendidikan formal atau tidak formal
Didikan dari usia kecil atau kanak - kanak, yang dilakukan secara formal atau tidak formal mempengaruhi perlakuan seseorang dari masa ke semasa sehinggalah menjangkau ke usia dewasa.
  • Sejarah latar belakang kehidupan
Faktor kedua adalah sebabkan oleh sejarah latar belakang seseorang, samada berlatar belakangan institusi berada atau kaya raya atau golongan miskin. Faktor ini adakalanya dipengaruhi oleh emosi apabila tingkat kehidupan berada pada tahap yang susah atau terlampau miskin.
  • Pengaruh persekitaran 
Faktor ketiga iaitu, pengaruh persekitaran sangat menyumbang kepada penampilan perlakuan seseorang apabila dewasa. Pengaruh persekitaran termasuklah rakan taulan, saudara mara, media sisial melalu peralatan teknologi digital seperti tiktok, instagram dan lain - lain lagi.
  • Pemikiran
Faktor terakhir yang mempengaruhi atau membentuk penampilan perlakuan seseorang adalah disebabkan keupayaan menggunakan otak untuk berfikir, samaada secara bijaksana atau kurang bijaksana atau tidak bijaksana.


Post a Comment

0 Comments