Aktiviti Bermanfaat Bila Duduk Di Rumah

Aktiviti Bermanfaat Bila Duduk Di Rumah

Lazimnya terdapat insan yang tidak selesa untuk duduk diam di rumah untuk masa yang lama samaada sehari suntuk apatalagi lebih daripadanya.

Keboringan serta tekanan adakalanya di rasai kerana sebelumnya terbiasa menular atau melakukan kegiatan sosial di luar lumah.


Aktiviti Bermanfaat Bila
 Duduk Di Rumah



Justeru daripada itu, sebenarnya terdapat banyak aktiviti bermanfaat yang boleh di lakukan apabila duduk di rumah, antaranya adalah berikut;
  • Membersihkan dalam dan halaman rumah
Membersihkan rumah adalah merangkumi dalam dan luar rumah agar bebas daripada segala kekotoran atau habuk - habuk yang melekat, seperti di kipas, tingkap, almari, siling dan lain - lainnya lagi.
  • Bercucuk tanam di halaman rumah
Bercucuk tanam dengan menanam tanaman sayur - sayuran secara hidropinik mampu menjimatkan ekonomi isi rumah. Dalam masa sama, ia membantu kepada senaman anggota fizikal badan.
  • Berkaraoke bersama keluarga
Altiviti berkaraoke bersama keluarga mampu merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dengan lebih harmoni dan ceria. Gurau senda serta tawa, mampu di bentuk bila mana situasi berada dalam keriangan dan gembira.
  • Meningkatkan amal ibadah
Berada duduk di rumah adalah satu peluang yang besar kerana dengan masa yang terluang boleh digunakan untuk meningkatkan amal ibadah dengan lebih mantap. Mengajak keluarga untuk melakukan solat berjamaah dan mengaji beramai - ramai merupakan satu tindakan bijak dalam memantapkan lagi ilmu pengetahuan dalam institusi keluarga.

Post a Comment

0 Comments