Rajin Ke Masjid Dapat Ganjaran Syurga

Rajin Ke Masjid Dapat Ganjaran Syurga

Solat di Masjid secara berjemaah bukan sahaja mendapat ganjaran pahala berlipat ganda, malahan ia juga akan disediakan tempat tinggal yang baik di syurga.

Hal sedemikian jelas di nyatakan dalam surah seperti di bawah;


السلام عليكم ورحمة الله وباركاته

Syurga Untuk Pengunjung Masjid


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ


Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barang siapa datang ke masjid pada pagi atau petang hari, maka Allah akan menyediakan persinggahan baginya di syurga, setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi atau petang hari." (Sahih Muslim No:1073) Status: Hadis Sahih


Rajin Ke Masjid  Dapat Ganjaran Syurga




Pengajaran:


1.  Orang yang sentiasa solat waktu di masjid pagi dan petang akan disediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga.


2.  Rasulullah SAW menjanjikan perlindungan di hari kiamat kepada tujuh golongan, satu daripada golongan itu adalah mereka yang hatinya terikat dengan masjid walau di mana dia berada:


عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ…..  وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ 


Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya (di hari Akhirat): …. seorang yang hatinya sentiasa terikat ke masjid.  (Sahih Bukhari: 660)


Rajin Ke Masjid  Dapat Ganjaran Syurga




3.  Bersungguhlah menjaga solat berjemaah khususnya di masjid bagi kaum lelaki. Ingatlah kisah Sulaiman Ibn Hamzah al-Maqdisi keturunan Ibn Qudamah seorang ketua hakim di Syam, beliau pernah berkata: Aku tidak pernah solat fardu secara sendirian kecuali 2 kali dan sehingga sekarang aku seakan-akan merasa masih belum mengerjakannya (padahal usianya ketika itu mencecah 90 tahun) (dalam ar-Raqaik oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid)


Marilah sama-sama kita berusaha menjadikan masjid sebagai rumah kedua kita untuk menunaikan solat berjemaah, mendalami ilmu agama, dan mengeratkan hubungan ukhuwah sesama ahli kariah. Kunjungilah masjid khususnya apabila masuk waktu solat fardhu.

sumber: telegram.me/hadisharian_ikram



Pernahkah anda, merasa di tindis ketika tidur, dan bagaimana cara mengatasinya, tekan link di bawah;

👉 Cara Melepaskan Jerutan Tali Syaitan Ketika Tidur


Post a Comment

0 Comments