Memilih pasangan hidup baik lelaki atau perempuan adalah terletak pada diri sendiri dan juga faktor sekeliling.
Selera serta citarasa seseorang adalah berbeza, namun seperti yang diketahui ia adalah tertakluk kepada ketatapan yang maha berkuasa. Dalam erti kata lain, jodoh pertemuan, hidup kematian telah ditentukan Allah SWT.
Walaupun begitu, sebagai peningkatan ilmu pengetahuan bersama, dikongsikan beberpa tip apabila memilih pasangan hidup, antaranya;
- Agamanya
Pengetahuan agama seseorang adalah sangat penting, kerana ia membawa kepada penampilan perilakunya.
- Tabiatnya
Tabuat atau perlakuan seseorang adalah perlu di ambil kira samaada seseorang itu memiliki kelakuan baik atau sebaliknya.
- Latar belakang keluarga
Tip seterusnya adalah latar belakang keluarganya. Erti kata lain, adakah seseorang itu berasal daripada keturunan yang baik - baik atau sebaliknya.
- Kemampuan serta tanggungjawab
Kemampuan dan tanggungjawab adalah penting juga demi kelangsungan hidup di dunia ini. Seseorang haruslah tahu serta mengambil tahu akan tanggungjawab apabila hidup bersama.
Dalam pada itu, qadar dan qadar adalah ketentuan Ilahi, dan sentiasa juga panjatkan doa serta tawakal agar setiap tindakan dilakukan mendapat keredhan Ilahi.
0 Comments