Solat merupakan salah satu perbuatan yang dilakukan dengan mengunakan serta mengerakkan anggota fizikal badan (rukun solat) dengan mengadap kiblat, mengikut tatacara syariat yang telah di tetapkan Allah SWT dan dinyatakan dalam kitab Suci Al- Quran.
Solat terbahagi kepada dua iaitu solat fardhu dan solat sunnat. Ia boleh di lakukan di Masjid, Surau, Rumah atau di mana - mana sahaja yang penting kawasan tempat bersolat adalah bersih dan selamat. Solat juga boleh di lakukan secara berjamaah (afdal) atau bersendirian.
Pengertian lain tentang solat, menurut carian kamus dewan bahasa dan pustaka, solat membawa maksud sembahyang, khususnya orang muslim.
Lazimnya terdapat banyak kelebihan mendirikan solat, antaranya adalah;
- Memberi ketenangan akal dan fikiran yang mantap. Ini kerana solat adalah mukzijat serta penawar kepada penyakit, antaranya adalah penyakit tekanan. Mengerjakan solat dimulai dengan mengambil wuduk ia akan memberi kesegaran kepada organ naluri badan, dalam masa sama kekusyukan semasa mengerjakan solat mampu melupakan sesuatu perkara perit yang dihadapi dan jiwa fikiran menjadi tenang.
- Solat juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya:Yang bermaksud:”Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberimu(Muhammad saw) nikmat yang banyak. Maka laksanakan solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.(sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah)”. (S. Al-Kautsar: 1-2).Sekiranya seorang muslim tidak melaksanakan solat,bagaimana cara dia mengucapkan syukur kepada Allah Taala.Adakah cukup sekadar mengungkap ucapan Alhamdulillah atau terima kasih Allah tanpa solat.Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat adalah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan sombong seperti lagak Firaun dan Qarun.
- Solat juga menandakan kepatuhan untuk melaksanakan arahan yang telah di arahkan oleh Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi ini. Manusia diciptakan di muka bumi sebagai khalifah dengan melakukan perkara yang di amanahkan (beribadah) dan menjauhi segala yang di larang.
Sesungguhnya mengerjakan sembahyang itu amatlah besar ganjarannya. Di mana ia dapat membantu menyelamatkan manusia daripada azab akhirat. Di samping itu sembahyang juga dapat menghilangkan rasa resah gelisah dan boleh memberikan ketenteraman, ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Di dalam Al-Qur'an banyak sekali ayat yang menerangkan tentang kepentingan dan kewajipan mendirikan sembahyang. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Ankabut ayat 45:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
وَأَقِمِ الصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ الصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنكَرِ ۗ
صدق الله العظيم
"Dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar"
Antara solat fardhu
- Solat fardhu subuh (2 rakaat)
- Solat fardhu zohor (4 rakaat)
- Solat fardhu asar (4 rakaat)
- Solat fardhu magrib (3 rakaat)
- Solat fardhu isyak (4 rakaat)
Antara solat sunnat
- Solat sunnat tahiyatul masjid
- Solat sunnat hari raya aidilfitri
- Solat sunnat hari raya aidiladha
- Solat sunnat khabliatan
- Solat sunnat bagdiatan
- Solat sunnat taraweh
- Solat sunnat hajat
Bacaan niat solat fardhu lima waktu
Solat fardhu subuh
Solat fardhu zohor
Solat fardhu asar
Solat fardhu magrib
Solat fardhu isyak
Umumnya, apabila di hari jumaat, solat fardhu zohor di gantikan dengan solat fardhu jumaat dimulai dengan khutbah jumaat dan sokat fardu jumaat sebanyak dua rakaat. Solat jumaat hanya kepada lelaki, manakala kaum hawa tidak wajib melaksanakanya boleh menunaikan solat fardu zohor seperti biasa.
Berikut adalah niat solat fardhu jumaat.
Terciptanya manusia di muka bumi tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai khalifah kepada Allah SWT.
0 Comments