Kelebihan Berada Dalam Wuduk

Kelebihan Berada Dalam Wuduk

Berwuduk adalah satu perbuatan dengan mencucikan anggota badan dengan menggunakan air yang bersih. Wuduk haruslah dimulai dengan niat dan tertip (ikut urutan yang telah di tetapkan).

Lazimnya, melakukan wuduk boleh di buat di masjid atau dirumah iaitu sebelum menunaikan solat. Dalam pada itu, berwuduk juga boleh dilakukan pada bila - bila agar anggota badan berada dalam keadaan suci bersih, ia juga membatu kepada diri agar tidak melakukan perkara - perkara keji.

Wuduk; Perbuatan menyucikan diri dgn air (sebelum beribadah, spt bersembahyang): sudahkah engkau mengambil ~? 2. air sembahyang; ada ~ ada air sembahyang atau berada dlm keadaan yg membolehkan seseorang beribadah, spt bersembahyang, membaca al-Quran, dll; berwuduk menyucikan diri (sebelum sem­bahyang), mengambil air sembahyang: tidak sah ~ kalau tidak disertakan niat; tawaduk II Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat



Kelebihan Berada Dalam Wuduk



Terdapat banyak kelebihan berada dalam wuduk, antaranya adalah;
  • Meningkatkan diri sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci
  • Menghapuskan dosa - dosa yang telah dilakukan sebelumya
  • Diri akan lebih tenang dan terhindar daripada masalah tekanan
  • Penawar kepada masalah kerunsingan atau tekanan
  • Dapat membantu membuka pintu ke syurga. Ini kerana dengan berwuduk keyakinan tinggi dan gemar melakukan solat
  • Wuduk memberi cahaya di akhirat
  • Memberi atau menampakan sinar cahaya
  • Wuduk juga dapat membuka ikatan syaitan
Lantaran daripada itu, Dari Abu Hurairah r.a, beliau meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah s.a.w memberitahu cara untuk merungkaikan ikatan tersebut, dalam sabda Baginda s.a.w: “…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah SWT, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwuduk pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wuduk, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas”. (H/R. al-Bukhari, no: 1091) sumber : kelebihan berwuduk

Post a Comment

0 Comments