Panorama Masjid Al - Munir

Panorama Masjid Al - Munir

Masjid  Al - Munir merupakan salah satu Masjid yang terletak di Kampung Darau Menggatal. Kedudukan Masjid ini terletak di tepi jalan utama Tuaran  Bypass.

Masjid ini bukan sahaja memudahkan penduduk di kampung berkenaan, malahan orang awam yang lalu lalang sangat mudah untuk singgah menunaikan solat secara berjemaah.


Panorama Masjid Al - Munir
Kampung Darau Menggatal

Dalam pada itu, Masjid Al - Munir sangat selesa di mana kawasan ruangan solatnya dilengkapi permaidani atau karpet yabg selesa. Dalam masa sama, ia juga dilengkapi dengan penghawa dingin serta kipas angin siling dan stand / berdiri.

Kemudahan lainnya seperti tempat letak kenderaan yang selesa dan luas, tempat berwuduk yang baik, tandas dan bekalan elektrik dan air yang lancar juga turut ada disediakan di Masjid berkenaan.


Panorama Masjid Al - Munir
Kampung Darau Menggatal


Di samping itu juga, sekeliling Masjid terdapat kemudahan balairaya untuk kegunaan aktiviti komuniti kampung dan juga yang lain. Kawsan Masjid juga berpagar dan sangat selamat untuk di kunjungi untuk menunaikan solat ataupun aktiviti keagamaan yang lain.

Post a Comment

0 Comments