Cara Pemanduan Di Musim Hujan

Cara Pemanduan Di Musim Hujan

Pemanduan kenderaan di musim hujan adalah sangat merbahaya, ia bukan sahaja kepada diri sendiri malahan juga memberi kesan kepada pemandu kenderaan lain, ini kerana cuaca semasa hujan mengundung faktor kecelakaan atau kemalangan jalan raya yang tinggi.


Cara Pemanduan Di Musim Hujan



Oleh yang demikian, cara pemanduan di musim hujan adalah perlu di lakukan dengan bijaksana agar ianya tidak berlaku perkara - perkara di luar jangkaan tanpa di duga. Berhati - hati serta kawalan dan tindakan awal adalah sangat penting, antaranya ;
  • Memandu secara perlahan memgikut kelajuan yang ditetapkan. Perkara ini sangat penting kerana keadaan tayar tidak mampu mencengkam jalan raya kerana jalan raya yang basah dan terdapat takungan air, justeru ini tayar boleh terbuang ke laluan kanan atau kiri ekoran jalan raya yang licin.
  • Memasang lampu hadapan dan belakang dengan jelas, ini kerana mudah untuk dilihat oleh kenderaan lain dari arah hadapan dan belakang, jika keadaan kabus ada baiknya memasang lampu kecemasan.
  • Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan pemanduan. Perkara tersebut sangatlah penting dan membantu peratusan keceraan jika berlaku sebarang kemalangan.
  • Memandu di lorong kiri. Sekiranya perjalanan di mulakan dengan kelajuan sederhana, adalah wajar mengikuti laluan kiri bagi memberi laluan kepada kenderaan lain yang memandu secara laju sedikit di lorong kanan
  • Berhenti di tepi jalan atau mana - mana persingahkan yang selamat jika keadaan cuaca bertambah teruk sehinggakan pemandangan hadapan jalan tidak kelihatan. Perkara ini sangatlah perlu bagi mengelakkan sebarang musibah.

Post a Comment

0 Comments