Ucapan Salam Hari Jumaat Barokah

Ucapan Salam Hari Jumaat Barokah

Ucapan salam hari jumaat kepada semua ummat yang berada di muka bumi, walau dimana sahaja mereka berada, semoga pada hari yang penuh barokah ini kita semua sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan sentiasa juga mendapat lindungan Allah SWT.

Perbanyakkan amal ibadah bersama dengan melakukan perkara - perkara yang diamanahkan dan menjauhi segala perkara - perkara yang dilarang. Semoga segala amal kebaikan yang dilakukan mendapat keberkatan pahala yang berlipat ganda darinya.


Ucapan Salam
 Hari Jumaat Barokah


Hari jumaat yang indah disulami dengan pelbagai kebaikan jika di lakukan dan diamalkan, ia bukan sahaja membawa safaat pada diri sendiri malahan juga kepada yang lainnya. Terdapat banyak perbuatan yang mendatangkan kebaikan jika dilakukan pada hari jumaat, antaranya adalah:
  • Membersihkan diri dengan mandi dan memakai wangi - wangian yang harum dan segar
  • Memotong kuku serta bercukur atau memotong bulu - buluan pada badan agar kelihatan kemas
  • Datang awal ke Masjid dengan niat iktikaf dan membaca Surah Al-Quran dengan khusyuk
  • Membuat atau memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang sangat memerlukan
  • Mendirikan Solat Jumaat secara berjamaah di Masjid 

Post a Comment

0 Comments