Manfaat Tanam Buhan - Buahan Dalam Pasu

Manfaat Tanam Buhan - Buahan Dalam Pasu

Buah - buahan tempatan sememangnya mengandungi banyak khasiat yang baik kepada kesihatan anggota tubuh badan manusia. Selain rasanya yang menyelerakan, ia mengandungi zat vitamin dan membantu kepada sistem pencernaan dalam badan dengan baik.

Kaedah teknologi canggih, kini buah - buahan tempatan boleh di tanam di halaman rumah iaitu dalam pasu mahupun sebaliknya.

Lazimnya terdapat banyak kelebihan menanam pokok buah - buahan seperti mangga, rambutan, betik, limau di dalam pasu, antaranya;



Manfaat Tanam
Buhan - Buahan Dalam Pasu




Pertama, penjagaan yang mudah.

Menanam pokok buah - buahan dalam pasu adalah mudah untuk penjagaannya, khususnya kepada penyiraman dan pencantasan. Struktur pokok yang rendah atau sederhana memudahkan aktiviti cantasan dan pembajaan dengan rapi dan berkesan.


Kedua, mudah di alihkan.

Pokok buah - buahan yang di tanam dalam pasu mudah di alihkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Dalam pada itu, apabila hendak berpindah ke kawasan baharu, tanaman - tanaman buahan mudah di bawah bersama.


Ketiga, penjimatan

Penjimatan isi rumah juga dapat dilakukan dengan adanya tanaman pokok buah - buahan dalam pasu. Hal ini kerana, isi rumah tidak perlu lagi membelanjakan wang ringgit untuk membeli buah - buahan di pasar untuk santapan keluarga, ia hanya boleh terus di petik dan dimakan di halaman rumah.


Post a Comment

0 Comments