Santai Makan Minum Di Kedai Makan Roundabout Kalabakan

Santai Makan Minum Di Kedai Makan Roundabout Kalabakan

Kedai makan roundabout kalabakan, merupakan salah satu kedai makan yang terletak d tepi jalan, jika melalui jalan raya dari sepulut ke bandar tawau.

Nama kedai makan ini adalah selari dengan kedudukannya yang mana terletak di tepi jalan dan berdekatan dengan round about. Kedudukanya yang strategik mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk singgah menikmati santapan, samada sarapan pagi, makan tengahari atau minum petang.

Santai Makan Minum Di Kedai Makan Roundabout Kalabakan


Dalam pada itu juga, panorama kedai makan roundabout kalabakan sangat menarik dan menyenangkan minda, ini kerana persekitannya yang bersih serta saujana flora menghijau di sekelilingnya melegakan emosi serta mental dengan selesa.

Terdapat banyak jenis juadah yang di sajikan di kedai makan roundabout kalabakan, antaranya hidangan yang berkonsepkan goreng - goreng, makanan hidang, serta minuman panas atau sejuk. Juadah ringan seperti pisang goreng, kueh pau, serta kerepek juga turut d sajikan. Umumnya tindakan seumpama berkenaan adalah sangat baik dan strategik serta mampu menarik lebih ramai pengunjung. 

Di samping itu juga, layanan mesra yang ramah dan baik oleh kakitanganya sangat memuaskan hati. Kemudahan asa juga seperti surau dan tandas awam juga turut di sediakan d sekitar kedai makan berkenaan.

Post a Comment

0 Comments