Berikut adalah beberapa inisiatif baharu yang turut dinikmati oleh penjawat awam antaranya, dalam ucapan Perdana Memteri hari ini bersama semua kakitangan kerajaan seluruh negara:
Pertama, Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 dibayar kepada 1.3 juta penjawat awam, dalam kumpulan Gred 56 dan ke bawah, di samping sejuta pesara Kerajaan menikmati bantuan sebanyak RM350. Kesemua melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan berjumlah RM1.3 bilion.
Kedua, pembiayaan insuran kenderaan melalui myezycover.com bagi kemudahan 1.6 juta penjawat awam. Dengan inisiatif tersebut, pembaharuan polisi insurans kenderaan dan cukai jalan, boleh dibuat tanpa bayaran pendahuluan dan faedah.
Ketiga, Inisiatif Perlindungan Kemalangan Diri sehingga RM100,000 untuk manfaat 40,000 peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (atau LPPSA).
sumber: pmo Inisiatif Baharu Dinikmati Penjawat Awam |
Keempat, penurunan kadar pembiayaan skim pembiayaan komputer dan telefon pintar untuk penjawat awam daripada empat peratus kepada dua peratus.
Kelima, membenarkan penjawat awam yang kematian suami atau isteri untuk bekerja dari rumah (BDR) sebaik sahaja tempoh tiga hari cuti tanpa rekod tamat, mengikut tempoh yang bersesuaian.
0 Comments