Kesan Melayari Media Sosial

Kesan Melayari Media Sosial

Dua teknologi yang canggih banyak membantu kepada kecekapan melakukan sesuatu pekerjaan dan perhubungan rapat antara satu sama yang lain.

Kecanggihan teknologi tidak dinafikan, sehingga segala teransaksi dapat dicapai dan diselesaikan hanya melalui hujung jari. Apa tidaknya urusan pembelian dan pembayaran hanya boleh dibuat dari rumah dan barang yang dibeli pun akan sampai serta merta ke rumah sendiri.

Setiap penciptaan sudah perkara tentu ada kebaikanya dan keburukannya, namun ia adalah bergantung kepada kebijaksanaan manusia semasa menggunakannya.

Media teknologi seperi facebook, instagram, twitter, whatsapp dan lain - lain lagi adalah antara media maya yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada penggunanya, ia bukan sahaja mendekatkan perhubungan malahan mampu dijadikan saluran pemasaran dan menyumbang kepada pendapatan.

Sedarkah kita bahawa media sosial ini adalah saluran terbuka dan bebas untuk mengata memuat turun maklumat yang pelbagai baik berfaedah mahupun sebaliknya. Ruang tanpa sekatan ini, boleh di ekses sesuka hati walaupun sesuatu perkara atau kejadian tidak diketahui dan dilihat kebenaranya, namun yang pasti ruangan komen dihujani pelbagai aneka, ada yang positif dan ada juga negatif. 

Cerita doa atau pahala bukanlah terletak pada tudungan jari atau ketetapan insan lain, namun seperti yang diketahui ramai, bersangka baiklah terhadap sesuatu perkara, selagi atau sekiranya anda tidak mengetahui akan kesahihan fan kebenaranya kerana ia akanemgundang kecelakaan, perpecahan, perbalahan kaum dan juga kesan negatif kepada diri sendiri.



Kesan Melayari Media Sosial 



Lazimnya, doa dan pahala tidak kelihatan secara nyata menerusi mata kasar, namun melalui perbuatan , perkataan di media sosial juga adalah salah satu penyumbang. Oleh itu, marilah tingkatkan bersama akan kebijaksanaan dengan lebih mantap apabila menggunakan atau melayari media sosial walau di mana - mana sahaja.


Post a Comment

0 Comments