Kepentingan Wang Ringgit

Kepentingan Wang Ringgit

Wang ringgit atau sinonim dengan panggilan duit di mulut para manusia adalah salah benda yang mempunyai nilai tinggi dan digunakan sebagai bahan pertukaran dalam teransaksi jual beli sesuatu barangan.

Dasarnya wang ringgit hanyalah sekeping kertas, namun mempunyai nilai tinggi di pasaran dan digunakan oleh seluruh manusia di muka bumi ini, namun demikian kadar dan nilainya adalah berbeza - beza di setiap negara.

Mata wang ringgit digunakan di negara Malaysia khususnya. Ia adalah salah satu bahan pertukaran yang digunakan untuk membeli apa - apa sahaja barangan di pasaran.

Ketiadaan wang ringgit dalam poket atau simpanan, adalah menjadi satu halangan kepada seseorang untuk meneruskan hidup kerana amat sukar untuk mendapatkan bekalan makanan atau keperluan asas harian.




Kepentingan Wang Ringgit


Lazimnya, wang ringgit adalah sangat penting kerana di zaman teknologi ini, hampir semua perkara serta perkhidmatan yang disediakan memerlukan wang ringgit. Tidak ada yang percuma, melainkan mengusahakan tanaman kebun sebagai sumber makanan harian, namun ianya pasti tidak berkekalan.

Melihat kepada teransaksi urusan sepertti kesihatan, pendidikan pastinya memerlukan wang ringgit, bukan itu sahaja, malahan perjalanan dari satu kawasan yang jauh ke kawasan lain juga memerlukan kos wang ringgit, khususnya petrol, tambang dan sebagainya.

Umumnya, seseorang yang mempunyai banyak lekayaan wang ringgit adalah tidak kekok atau sudah, khususnya dalam meneruskan hidup seharian kerana segala keperluan dan kehendap dapat dikecapi sekelip mata.

Oleh yang demikian, beringatlah bahawa sejauh mana untuk kita di dunia, jangalah kita terpedaya serta terkabur mata dengan kekayaan wang ringgit. Gunakanlah ia sebaik mungkin, jika ada kelebihan kongsikanlah kepada yang teramat memerlukan. Sesungguhnya harta kekayaan adalah miliknya, maka itu kongsikanlah bersama agar kita sentiasa mendapat keberkatan dan kehidupan bahagia gembira bersama walau dimana sahaja berada.


Post a Comment

0 Comments