Gegata adalah bintik - bintik merah yang muncul atau timbul d permukaan kulut. Ia adakalanya disebabkan oleh persekitaran yang membawa kepada penjagaan fizikal anggota badan tidak tidak bersih.
Selain daripada itu, ia juga disebabkan oleh pemakanan yang mana makanan yang dimakan tidak sesuai atau serasi dengan anggota tybuh badan, atau erti kata lainnya, alergik.
Lazimnya, gegata akan merasa gatal dan pedis apabila berada dalam suasana yang tidak selesa seperti panas atau suam. Semakin ianya di garu, semakin bertambah. Oleh itu, adalah amat baik dengan tidak menggarunya dan hanya menyapu secara lembut menggunakan tangan sahaja.
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk merawat gegata. Berikut adalah antara beberPa petua mujarad hilangkan gegata;
- Petua Pertama : Garam
Jenis garam adalah bebas; Garam makan, garam kasar, garam bukit, garam laut, garam Epsom.
Caranya ialah, campurkan segenggam garam ke dalam separuh baldi air. Kemudian, campuran air garam dijadikan sebagai bilasan terakhir setiap kali mandi.
Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Kaedah seterusnya ialah dengan mengambil secubit garam dan campurkan dengan setengah gelas air. Kacau sehingga larut dan sapukan pada kulit yang gatal.
- Petua Kedua: Kunyit
Kaedah menggunakan kunyit hidup boleh mengatasi masalah gegata dengan kadar yang cepat.
kaedahnya ialah; ambil dalam seinci kunyit (sekali dengan kulit). Lepastu tumbuk sehingga lumat dan hancur. Gunakan lesung batu yang bersih.
Kemudian, sapu di tempat yang gatal atau terkena gegata.
- Petua Ketiga: Cuka Epal
Anda disarankan menggunakan cuka epal yang tidak ditapis, tulen atau dengan kata lain tidak dicampurkan dengan bahan-bahan lain.
- Petua Keempat: Bedak Sejuk
Cara-caranya ialah, ambil sesudu bedak sejuk dengan sesudu garam.
Campurkan sedikit air ke dalam bedak sejuk dengan garam tersebut. Pastikan campuran bedak sejuk, garam dan air adalah sesuai, tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cari bagi memudahkan ianya melekat pada kulit.
Sapukan pada tempat yang gatal.
Caranya ialah campurkan 1 penutup cuka epal dengan satu gayung air suam. Lepastu jadikan campuran ini sebagai bilasan terakhir semasa mandi. Tidak perlu dibilas dengan air biasa..
Kaedah seterusnya juga boleh digunakan, iaitu sapukan campuran air tadi pada kulit yang gatal dan biarkannya kering sendiri.
- Petua Kelima: Lengkuas
Caranya ialah, bersihkan lengkuas terlebih dahulu, potong lengkuas yang telah dibersihkan.
Kelas ataupun guris-guriskan dengan pisau pada permukaan lengkuas yang dipotong.
Gosok lengkuas itu pada tempat yang gatal.
Sekiranya air lengkuas sudah kering dan tidak mencukupi untuk disapu pada kawasan gegata lain, potong dan kelas lagi lengkuas itu dan gosok lagi pada bahagian yang gatal.
Atau, paling mudah beli sahaja pati lengkuas asli yang pekat & pasti lebih berkesan!
Anda tidak perlu menyediakan lengkuas setiap hari!
- Petua Keenam: Tepung Beras
Jenama tepung beras adalah bebas.
Campurkan tepung beras dengan sedikit air. Uli dan kepal tepung sehinggalah menjadi doh. Golekkan tepung beras pada kulit yang terkena gegata.
Petua Mujarad Hilangkan Gegata |
- Petua Ketujuh: Bawang Merah
Caranya sangat mudah iaitu, kupas dan tumbuk bawang merah sehingga lembut, sapukan di seluruh badan yang terkena gegata.
Kaedah ini dilakukan selepas mandi setiap hari dan akan sembuh dalam masa seminggu.
Untuk lebih mudah, gunakan ekstrak minyak bawang pekat.
Kepekatan tinggi esen bawang sangat berkesan untuk urticaria.
Nasihat bersama.
Sekiranya rawatan tradisonal adalah tidak atau kurang berkesan, adalah di nasihatkan agar merujuk serta mendapatkan khidmat nasihat rawatan daripada pihak pakar perubatan, seperti di Hospital atau Klinik berdekatan.
0 Comments