Doa menuntut ilmu adalah paling di muliakan sebelum memulakan pelajaran. Berdoa semestinya jalan baik dan dipermudahkan segalah urusan.
Berikut adalah antara beberapa doa menuntut ilmu yang mudah di baca, semoga para sabahat yang membaca dan mengamalkan doa ini akan diberikan kelapangan dada serta dipermudahkan semasa memulai pengajian;
- Doa menuntut ilmu pilihan pertama.
Yaa rabbi zidnii 'ilman warzuqnii fahmaa
Terjemahan;
"Ya Allah, tambahkanlah aku ilmu dan berikanlah aku rezeki akan kepahaman."
- Doa menuntut ilmu pilihan kedua.
فَتَعٰلَى اللّٰهُ الْمَلِكُ الْحَقُّۚ وَلَا تَعْجَلْ بِالْقُرْاٰنِ مِنْ قَبْلِ اَنْ يُّقْضٰٓى اِلَيْكَ وَحْيُهٗ ۖوَقُلْ رَّبِّ زِدْنِيْ عِلْمًا - ١١٤
Bacaan dalam bahasa arab-Latin:
fata'aalaa allaahu almaliku alhaqqu walaa ta'jal bialqur-aani min qabli an yuqdaa ilayka wahyuhu waqul rabbi zidnii 'ilmaan
Terjemahan;
Maka Maha tinggi Allah, Raja yang sebenar-benarnya. Dan janganlah engkau (Muhammad) tergesa-gesa (membaca) Al-Qur'an sebelum selesai diwahyukan kepadamu, dan katakanlah, "Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku. " (QS. Thaha [20]: 114)
Doa Menuntut Ilmu |
- Doa menuntut ilmu pilihan ketiga.
اللهُمَّ ارْزُقْنِي فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ، وَحِفْظَ المُرْسَلِيْنَ، وَإِلْهَامَ المَلَائِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Bacaan dalam bahasa arab-Latin:
Allāhummarzuqnī fahman nabiyyīn, wa hifzhal mursalīn, wa ilhāmal malāikatil muqarrabīn, bi rahmatika yā arhamar rāhimīn.
Terjemahan;
Ya Allah, anugerahkanlah padaku pemahaman para nabi, penjagaan para rasul, ilham malaikat muqarrabin, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang maha pengasih.
0 Comments