Tip Tidur Lena Waktu Malam

Tip Tidur Lena Waktu Malam

Tidur adakah satu perbuatan untuk merehatkan anggota badan, jasmani dan emosi tatkala lela dan penat seharian membantung tulang mencari rezeki dan sebagainya.

Namun demikian, terdapat juga segelintir masyarakat yang sukar untuk tidur, ada yang tidur lambat dan ada pula yang tidur awal. Selain daripada itu, terdapat juga pelbagai karena tidur, seperti berdengkur, liar (pusing sana pusing sini) dan sebagainya.


Tip Tidur Lena Waktu Malam



Lanjutan daripada pada itu, mari kita baca bersama beberapa tip penting untuk mendapatkan tidur dengan lena dan nenyak, sehinggakan rasa segar di siang hari, antaranya:

  • Aturkan masa dengan bijaksana
Masa adalah sangat penting, sebagaimana ramai yang mengungkapkannya masa itu emas. Oleh itu, pengaturan masa yang baik sangat membantu kepada kesihatan anggota badan. Sebagai contoh, tetapkan masa tidur sekitar jam 9.00 atau 10.00 malam agar mendapat masa tidur yang mencukupi. Lazimnya anggota badan akan rasa seimbang apabila waktu rehat di sebelah malam adalah mencukupi. Minda atau otak akan berfunsi dengan lebih baik dan tangkas, khususnya dalam menaakul sesuatu perkara.

  • Matikan peranti elektronik khususnya telefon bimbit
Elakkan bermain telefon bimbit terlalu lama di waktu malam. Ia bukan sahaja todak baik kepada kesihatan pancaindera mata, malahan memganggu emosi dan mental kepada lambat tidur, ini kerana peranti telefon dengan pelbagai jenis aplikasi di dalamnya sangat mempengaruhi kepada ketekunan bermain atau melayari media - media sosial.

  • Basuh kaki sebelum tidur
Membasuh kaki sebelum tidur adalah satu petua yang baik kepada kesihatan, dalam masa sama ia menghindari khususnya tapak kaki yang kotor kerana berjalan ke sana sini walaupun di rumah terbawah ke kamar tidur atau katil. Segala hBuk kotoran akan melekat pada cadar tilam serta selimut, dan mengeluarkan aroma yang tidak menyelerakan.

  • Berdoa sebelum tidur
Doa, seperti yang diketahui ramai adalah senjata ampuh yang tidak ada tandingannya. Membaca doa tidur dan surah al - quran (tiga qull) membantu serta membolehkan rasa tidur sangat nenyak dan nyaman. Badan akan terasa segar kerana cukupnya tenaga. 




Doa tidur nenyak dan segar.

  • Doa tidur pilihan pertama



Bacaan Dalam Rumi:

Bismikallohumma ahya wa amuutu


Terjemahannya: 
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati



  • Doa tidur pilihan kedua

Doa sebelum tidur, hadits Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim (Shahih Muslim, 6887) adalah sebagai berikut:  

 Ø§َللّÙ‡ُÙ…َّ! بِاسْÙ…ِÙƒَ Ø£َØ­ْÙŠَا ÙˆَبِاسْÙ…ِÙƒَ Ø£َÙ…ُÙˆْتُ 

Bacaan Dalam Rumi:

Allâhumma! Bismika ahyâ wa bismika amût.


Terjemahannya:
Ya Allah! Dengan Nama-Mu, aku hidup  dan dengan nama-Mu pula aku mati.

Tip Tidur Lena Waktu Malam


Post a Comment

0 Comments