Tip Khusyuk Berpuasa

Tip Khusyuk Berpuasa

Puasa adalah satu perbuatan yang dilakukan dengan menahan lapar dan dahaga serta perkara - perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari.


Tekan link:





Tip Khusyuk Berpuasa



Umunya, puasa dilakukan dibulan ramadan. Ia juga boleh dilakukan dihari - hari lain dengan melakukan puasa sunnat. Pelbagai cabaran dihadapi apabila berpuasa, oleh itu dikongsikan beberapa tip khusyuk berpuasa, antaranya:

  • Tanamkan niat yang mendalam dan bersungguh
Niat yang mendalam dengan keyakinan mental dan fizikal yang kuat untuk melaksanakan ibadah puasa. Niat yang khusyuk dan ikhlas, sudah pasti mampu memerangi segala perkara - perkara yang boleh membatalkan puasa 

  • Tingkatkan amal ibadah apabila berpuasa
Meningkatkan amalan - amalan lain selain berpuasa, seperti membaca al-quran, bersedekah dan lain - lain lagi. Tindakan sedemikian, bukan sahaja mampu menepis daripada perkara yang membatalkan puasa, malahan dalam masa sama mendapat berlipat ganda pahala.

  • Mengeluarkan kata - kata yang indah
Pancaindera mulut adalah senjata yang kadang - kadang sukar dikawal. Oleh itu, apabila berpuasa, latih diri agar sentiasa melafazkan kata - kata indah yang harmoni. Perbuatan sedemikian mampu melatih diri untuk rasa bersyukur serta menepis perkara - perkara negatif yang membawa kepada kurangnya pahala ibadah, atau terbatal.


Post a Comment

0 Comments