Amalan Dibulan Ramadan Dapat Pahala

Amalan Dibulan Ramadan Dapat Pahala

Bulan ramadan adalah bulan mulia dan penuh dengan keberkatan serta mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Ramai yang masih tidak peka betapa mudahnya mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT. Oleh yang demikian janganlah leka dan lalai hanya mengecapi harta dunia.

Benar bahawa ganjaran pahala tidak kelihatan, akan tetapi tahukah kita dengan kita melafazkan doa setiap hari, segala urusan dipermudahkan, nikmat kesihatan, dan banyak lagi. Selepas solat pun demikian berdoa, bukankah itu ganjaran nikmat Allah SWT.


Amalan Dibulan Ramadan
 Dapat Pahala




Lanjutan daripada itu, terdapat banyak amalan - amalan dibulan ramadan yang pasti membuahkan ganjaran pahala, antaranya;

  • Sedekah jariah
Tidak akan putus hartamu sekiranya kamu bersedekah. Sedekah jariah boleh dilakukan dengan wang ringgit, pakaian, makanan dan minuman asalkan ianya bermanfaat kepada mereka yang menerima sedekah. Bersedekah dibulan ramadan sangat tinggi manfaatnya.

  • Membaca ayat - ayat kitab suci al- quran
Nikmat yang tidak ternilai apabila rajin membaca ayat - ayat yang terkandung dalam kitab suci al - quran. Nikmat ketenangan pasti diperolehi dengan pantas. Ia juga memberikan kesihatan rohni dan jasmani.

  • Meningkatkan solat
Solat adalah tiang agama, tanpa solat sudah pasti suasana kehidupanmu agar sentiasa debenggu pelbagai kebingungan masalah. Oleh itu dengan solat nurani jasmani akan setiasa tenang dan terkawal dengan seimbang. Selain itu dengan proaktif terhadap solat, pastinya mendapat habuan yang baik dari Allah SWT.


Post a Comment

0 Comments