Tip Beli Belah Di Bazar Ramadan

Tip Beli Belah Di Bazar Ramadan

Bulan ramadan adalah bulan mulia kerana semua umat muslim akan menunaikan ibadah puasa.

Tip Beli Belah Di Bazar Ramadan

Di bulan ramadan, tidak juga tumbuhnya bazar - bazar ramadan di sana sini. Pelbagai anega juadah di jual untuk keperluan berbuka puasa atau sungkai. 


Tip Beli Belah Di Bazar Ramadan



Justeru daripada itu, dikongsikan beberapa tip berbelanja atau beli belah di bazar ramadan, antaranya;

  • Lakukan berbelanja secara bijaksana
Nafsu sememangnya sukar di ramal apabila melihat juadah yang menyelerakan dijual di bazar - bazar ramadan. Oleh itu, tindakan bijak perlu dilakukan dengan berbelanja secara bijaksana, iaitu membeli mengikut kuantiti untuk berbuka sahaja.

  • Bawa wang ringgit/ duit minimum sahaja
Apabila hendak ke bazar ramadan, pastikan wang ringgit yang dibawa adalah minimum sahaja. Tetapkan dari rumah atau kereta sebelum membeli belah di bazar. Hal sedemikian mampu meminimumkan pembaziran.

  • Beli belah di bazar yang tidak banyak juadah, namun juadahnya menyelerakan
Memilih bazar yang sederhana mampu memjimatkan belanja kerana tidak banyak pilihan serta juadah yang dibeli. Dalam masa sama, ia juga membantu kepada faktor keselamatan serta kesihatan.

  • Membeli belah di waktu yang awal
Membeli belah pada waktu yang awal adalah tindakan bijak kerana memudahkan pilihan yang memuaskan terhadap jenis juadah yang di inginkan. Dalam pada itu, dengan tindakan awal ia juga membantu kepada penjimatan masa dan tenaga.


Post a Comment

0 Comments