Tindakan Harus Dibuat Ketika Banjir

Tindakan Harus Dibuat Ketika Banjir

Musibah banjir yang melanda adalah satu bencana alam yang tidak di duga atau di jangka. Walaupun dengan adanya peralatan canggih yang membuat ramalan cuaca yang canggih, namun ia di luar taakulan fikiran manusia.

Justeru daripada itu, fenomena cuaca yabg adakalanya tidak menentu, pastinya memberi bayangan agar sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dengan apa juga musibah melanda, seperti bencana banjir.

Lazimnya, tindakan bijak dan tidak perlu panok haruslah di lakukan agar sesuatu perkara yang di hadapi, seperti banjir dapat di hadapi dengan baik.


Tindakan Harus Dibuat Ketika Banjir



Tindakan yabg harus dibuat ketika banjir melanda, antaranya;
  • Besiap siaga lebih awal apabila kawasan di diami di timpah hujan yang berterusan
  • Semak laman sesawang meteodologi untuk mengetahui awal situasi hujan dan banjir
  • Kemas barang - barang atau dokumen yang perlu atau mustahak dalam satu beg bagi memudahkan di bawah atau di angkat dari satu tempat ke satu tempat
  • Maklumkan kepada pihak berwajid untuk bantuan awal
  • Pindah ke kawasan yang tinggi seperti bumbung rumah agar tidak terkena banjir atau paras air
  • Bawa bersama bekalan makanan dan minuman yang mencukupi, ini kerana di khuatiri bantuan yang di salurkan lambat tiba
  • Pastikan keluarga, anak - anak  berada dalam satu zon atau posisi  atau berkumpul di satu tempat selamat (assemble point)


Tindakan Harus Dibuat Ketika Banjir




Lantaran daripada itu, adalah lebih baik sekiranya kawasan yang di diami sering di landa banjir, agar menyediakan satu kenderaan air (perahu / sampan) sebagai persediaan pengangkutan. Walaupun bencana berkenaan jarang berlaku, namun ia satu peralatan yang perlu demi keselamatan. 


Tindakan Harus Dibuat Ketika Banjir




Gunakan perahu fiber dan enjin sangkut (terkini saiz enjinya kecil sahaja seperti enjin rumput, boleh diangkat sebelah tangan sahaja). Kosnya yang murah, namun berbaloi untuk kegunaan dan keperluan apabila bencana banjir menimpa. 

Post a Comment

0 Comments