Panorama Taman Rekreasi Teluk Likas

Panorama Taman Rekreasi Teluk Likas

Taman rekreasi teluk likas Merupakan salah satu taman rekreasi awam yang boleh dikunjungi dan di gunakan oleh sesiapa sahaja. Kemudahan percuma ini, memang menberi banyak manfaat kebaikan bersama. 

Dalam pada itu, panorama taman rekreasi teluk likas sangat menarik dan memukau mata memandang. Kedudukannya yang terletak di tepi laut, sangat menyegarkan untuk aktiviti beriadah bersama sanak keluarga dan rakan taulan.

Taman berkenaan menyediakan kemudahan - kemudahan asas yang baik dan bersih seperti track untuk berjoging, taman permainan kanak - kanak, tandas awam, tempat parking kenderaan yang banyak dan luas, kemudahan cafeteria untuk singgah berehat makan dan minum dan kemudahan yang lainnya.

Gambar Sekadar Hiasan

Panorama Taman Rekreasi Teluk Likas



Di samping itu juga, kawasanya yabg luas dan selamat menghangatkan lagi keterujaan untuk mengunjungi taman rekreasi berkenaan. Tiupan udara dari laut serta deruan air laut yabg nyaman, memyegarkan suasana untuk beriadah.

Lokasi taman ini terletak di kawasan Likas, bentuk geografinya seperti teluk, iaitu melengkong, dan ianya sangat bertepatan dengan namanya taman rekreasi teluk likas.

Beriadah di taman berkenaan, pengunjung juga boleh santai makan dan minum di cafe atau anjung senja, sambil menikmati pandangan laut, bangunan - bangunan di sekelilingnya dan juga matahari terbenam.

Post a Comment

0 Comments