Rumah adalah salah satu aset tetap yang bernilai tinggi dari masa ke semasa. Rumah ada pelbagai jenis dan reka bentuk mengikut senibinanya atau tukang buatnya.
Rumah teres memiliki keistemewaan yang banyak berbanding rumah pangsa atau flat.
Lazimnya, setiap rumah yang di bina mempunyai kelebihan masing - masing, dan berikut adalah beberapa kelebihan rumah teres, antaranya:
- Keluasan yang selesa
Rumah teres mempunyai keluasan yang luas dan selesa. Dari segi ruang tamu, halamannya dan juga ruang belakang.
- Keselamatan yang mampan
Rumah teres memiliki tingkat keselamatan yang mampan. Hal ini kerana ia tidak bertingkat tinggi dan juga kawasanya yang tidak sibuk.
- Ganguan pencemaran bunyi yang kurang
Gangguan pencemaran bunyi jarang terjadi di rumah yang berkongsepkan teres. Hal ini kerana rumah teres tidak berkongsi secara padat berbanding rumah flat atau pangsa.
- Boleh parking kenderaan depan rumah
Kelebihan rumah teres juga adalah dengan ruang parking kenderaan yang luas, di mana ianya boleh d parking di halaman atau hadapan rumah.
0 Comments