Amalan Sunat Hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Hari jumaat adalah hari yang barokah dan penuh kebaikan. Hari berkenaan juga terjadinya seribu perkara - perkara kebaikan yang membawa keberkatan kepada semua.

Dalam pada itu, terdapat banyak perbuatan atau amalan sunat yang boleh di lakukan dan mendatangkan pahala, antaranya adalah:

  • Mandi membersihkan diri di hari jumaat
Perbuatan yang baik pada hari jumaat adalah dengan mandi untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran dan bau - bauan yang kurang menyenangkan.
  • Memotong kuku
Memotong kuku pada hari jumaat akan mendapat ganjaran pahala. Hal ini kerana dengan memotong kuku, kaki dan jari akan kelihatan kemas, selesa dan tidak kotor.
  • Membaca banyak salawat
Hari jumaat juga adalah sunat untuk banyak membaca salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
  • Memakai wangi - wangian
Memakai wangi - wangian pada hari jumaat juga adalah amalan sunat dan mendapat ganjaran pahala. Dalam masa sama dengan berwangi wangian, anggota badan akan terasa segar dan nyaman.
  • Membaca surah al - khafi
Pada hari jumaat adalah di sunatkn untuk membaca surah al - khafi. Hal ini kerana surah berkenaan adalah pelindung daripada segala kejahatan.
  • Membaca kitab suci al-quran dan berdoa
Melakukan tindakan dengan membaca kitab suci al-quran dan berdoa adalah salah satu perbuatan yang baik dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT, lebih - lebih lagi jika d baca pada hari jumaat.

Amalan Sunat Hari Jumaat

Lantaran daripada itu juga, terdapat amalan - amalan yang lain yang mana bila di lakukan akan mendapat ganjaran pahala. Oleh yang demikian, marilah kita bersama sentiasa meningkatkan amal ibadah dan kebaikan demi kesatuan ummah yang harmoni.

Post a Comment

0 Comments