Panorama Bandar Tawau Bumi Peladang

Panorama Bandar Tawau Bumi Peladang

Daerah Tawau merupakan salah satu daerah yang terletak di Negeri Sabah yang mana du huni oleh pelbagai suku kaum tempatan. Mereka mejoritinya duduk sebumbung dalam keadaan aman dan damai serta sopan santun. 

Tawau adalah daerah yang terletak berhampiran serta berjiran dengan Negara luar iaitu Indonesia. Sempatan pulau sebatik adalah penandaaras pemisah di antara dua negara.

Lazimnya, Tawau mempunyai banyak keunikan dengan panoramanya yang indah dan menarik membuatkan ramai pelancong yang datang. Di Tawau, selain daripada bangunan - bangunannya yang sederhana dengan senibina tersendiri, terdapat juga bangunan lama yang dulunya diperbuat daripada papan.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Panorama Bandar Tawau
Bumi Peladang



Selain daripada itu, di Bandar Tawau juga terdapat kemudahan - kemudahan asas seperti perbankan, bus pengangkutan awam, kenderaan e-hiling, tandas - tandas awam dan yang lainya demi keselesaan pengunjung.

Barang - barang yang di dagangkan juga banyak dan mudah diperolehi khususnya di pasar besar Tawau yang mana menyajikan barang - barang atau peralatan dapur yang menawarkan harga murah.

Tempat - tempat pelancongan juga boleh dikunjungi seperti di pantai tinagat, pantai espaland, taman bukit Tawau, Balung River, peranginan SanSui, kolam air panas dan lain - lain lagi.

Justeru daripada itu, untuk ke Bandar Tawau boleh di kunjungi dengan menaiki jalan darat, kereta atau bus, melalui udara (kapal terbang) dan khidmat laut iaitu kapal.

Post a Comment

0 Comments