Kelebihan Belajar Bersemuka

Kelebihan Belajar Bersemuka

Dunia digital memang tidak dapat dinafikan akan kecanggihannya dalam pelbagai aspek atau bidang, samaada kepada teransaksi jual beli, komunikasi sehinggalah kepada pembelajaran.

Era baru, pembelajaran secara atas talian mampu memberi pengalaman baharu namun tidak setanding dengan pembelajaran secara bersemuka.


Kelebihan Belajar Bersemuka



Lazimnya terdapat beberapa kelebihan belajar secara bersemuka, antaranya adalah berikut:
  • Komunikasi dua hala tidak sangkut - sangkut
Pembelajaran secara bersemuka adalah terhindar daripada masalah talian internit yang menyebabkan komunikasi antara dua hala tidak menghadapi masaalah atau terputus atau sangkut - sangkut, disebabkan talian internit. Bersemuka mampu saling pandang memandang antara satu sama lain dan berkomunikasi dengan jelas dan berkesan.
  • Dapat memahami perkara yang di ajar dengan lebih berkesan
Kelebihan belajar bersemuka juga di mana dapat memahami sesuatu perkara yang di ajar dengan lebih jelas dan berkesan. Ini kerana, tenaga pengajar akan menunjukkan praktikalnya di hadapan serta di ikuti dengan gerakan gestur. 
Dalam masa yang sama, jika ianya tidak atau kurang difahami, pelajar berpeluang besar untuk bertanya rakan sebelah atau mengajukan soalan terus kepada pensyarah.
  • Menghindari daripada masalah tekanan dari masa ke semasa
Pembelajara bersemuka adalah lebih effektif kerana dapat mengelakkan daripada masalah - masaalah tekanan atau kemurungan. Hal ini kemungkinan, jika belajar menerusi online seseorang akan merasa tidak mendapat jawapan penuh jika tidak memahami sesuatu yang di ajar. Dia terpaksa mencari jalan sendirinya, berbanding bersemuka yang mana permasalahan boleh diajukan atau di kongsikan terus kepada rakan sebelah. 
Dalam masa sama, keriangan dapat dikecapi jika rakan membentu dengan baik, di ikuti dengan gurau senda dan seterusnya memghindari daripada tekanan dan kemurungan. 

Post a Comment

0 Comments