Kueh penyaram merupakan salah satu kueh tradisional yang lazimnya tedapat di Negeri Borneo. Kueh ini asalnya dimulai pembuatannya oleh orang bajau di negeri berkenaan.
Rasanya yang ampuk dan sedap memang sangat sesuai di manakan secara santai bersama keluarga atau rakan taulan di waktu sarapan pagi atau minum petang di halaman rumah atau warung - warung.
Pembuatan kueh ini, sangatlah mudah dengan hanya memerlukan kos yang sedikat yang mana bahan - bahan utamanya adalah terdiri daripada tepung, gula, minyak dan air. Kepakaran pembuatnya adalah sangat penting bagi memastikan kueh penyaram yang dihasilkan terbentuk unik seperti pada gambar yang dikongsikan dibawah.
Kueh Penyaram |
Kueh penyaram ini kebiasaanya dibuat untuk tujuan di makan bersama sanak keluarga atau di dagangkan di pasar - pasar tamu, pasar malam atau juga di gerai - gerai atau warung. Keunikan rekaannya serta bentuknya pasti memukau para pengemarnya dan akan mencarinya di mana - mana sahaja.
Selain daripada itu, kueh penyaram juga menjadi hidangan utama tatkala adanya kenduri disesebuah kampung, seperti kenduri kesyukuran, kenduri doa selamat dan majlis - majlis yang lainnya. Berlaukan minuman panas seperti kopi o, tea tarik dan lainnya sudah panti menghangatkan lagi aroma citaranya.
0 Comments