Cara Pemakanan Yang Sihat

Cara Pemakanan Yang Sihat

Pemakanan yang sihat perlu di amalkan bagi mengekalkan momentum anggota badan dalam posisi kesihatan yang baik dan seimbang.


Cara Pemakanan Yang Sihat



Tahukah kita, bahawa apabila kita tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat boleh mengundang kepada pelbagai penyakit, seperti kegemukan, diabetis, cirit - birit dan banyak lagi. Oleh itu, berikut adalah beberapa cara mudah pemakanan yang sihat, antaranya:
  • Mendahulukan bacaan doa sebelum makan dan minum. Hal ini membantu kepada anggota badan khususnya perut menerima sumber makanan atau rezeki yang halal dan mendapat keberkatan daripada Ilahi.
  • Makan sebelum lapar, adalah salah satu cara yang baik, kerana tidakan gelojoh atau kalam kabut tidak berlaku. Dalam masa sama, proses pemakanan secara perlahan dapat di lakukan.
  • Berhenti sebelum kenyang juga merupakan satu cara pemakanan yang baik kerana perut tidak terlampau mampat oleh makanan dan minuman.
  • Makan secara seimbang, adalah satu cara pemakanan yang baik, hal ini kerana dengan memakan makanan seimbang mampu membantu penghadaman yang baik. Makanan yang baik mengandungi sumber karbohidrat, protein, vitamin dan lain - lain lagi.

Post a Comment

0 Comments