Memancing adalah salah satu perbuatan yang dilakukan dengan menggunakan peralatan pancing atau joran untuk menangkap ikan di sungai, kolam atau laut. Lazimnya mata kail pada pancing diletakkan umpan agar ikan tertarik memakannya.
Aktiviti memancing boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan. Di samping itu, memancing juga mempunyai mempunyai kepakaran yang tersendiri agar mendapat hasil yang lumayan.
Lazimnya, terdapat banyak kebaikan aktiviti memancing ikan, antaranya adalah seperti berikut :
- Menjimatkan belanja isi rumah, khususnya kepada keperluan asas
- Mengeratkan ikatan silaturrahim sesama insan
- Memberi keseronokan dan ketenteraman jiwa
- Mengurangkan tekanan mental dan fizikal
- Menjadikan anggota badan aktif melakukan aktiviti sosial atau sampingan
0 Comments