Pokok Kelapa

Pokok Kelapa

Pokok kelapa merupakan salah satu tumbuhan yang mudah ditanam di kawasan bertanah gambut atau tanah hidam. Ia juga adakalanya mudah tumbuh dikawasan tebing sungai atau laut. Hal ini kerana pokok kelapa memerlukan sedukan atau bekalan air yang banyak untuk kesuburannya.

Dalam pada itu, menanam pokok kelapa tidaklah susah seperti yang dijangka, apa yang perlu bibit iaitu buahnya hanya boleh diletakkan di atas tanah yang sesuai tanpa mengali sedalamnya. 

Pokok Kelapa Yang Tumbuh Subur


Pokok kelapa mempunyai banyak kelebihan berbanding tumbuhan yang lain. Hal ini kerana, hampir keseluruhan pokok kelapa mempunyai kegunaan, antaranya adalah seperti berikut:
  • Buah kelapa
Buah pokok kelapa boleh dimakan dan airnya dimunum. Ia sangat baik kepada kesihatan anggota badan. Dalam masa sama, buahnya juga mampu memebri tenaga yang pantas kepada padan serta mudah melumpuhkan racun secara baik.
  • Daun pokok kelapa
Lazimnya, daun pokok kelapa boleh dijadikan atap atau dinding rumah. Dalam pada itu, dikawasan pedalaman, daun pokok kelapa dijadikan perhiasan diri atau alat penambah jika adanya pesta keramaian, ia dijadikan seperti topi, saji dan banyak lagi.
  • Tempurung buanh kelapa
Tempurung kelapa yang keras, boleh dijadikan pelbagai barangan antik, atau perhiasan rumah seperti kitchen kunci, penutup lampu hiasan dan banyak lagi
  • Umbut buah kelapa
Umbut buah kelapa, merupakan salah satu makanan yang boleh dimakan secara terus atau dijadikan sayur dalam makanan. Umbut yang lebut dan manis rasanya dangat menyelerakan di makan.
  • Batang pokok kelapa
Batang pokok kelapa yang lurus dan keras, boleh dijadikan titi atau jembatan bagi menyeberangi sugai atau parit yang besar. Kekuatannya yang tahan lasak mampu menampung seseorang untuk berdiri di atasnya.

Post a Comment

0 Comments