Cara Terbaik Pengurusan Masa Harian

Cara Terbaik Pengurusan Masa Harian

Pengurusan masa haruan adalah sangat penting agar pembajiran tidak berlaku. Dalam masa sama, disiplin dalam diri juga dapat ditingkatkan dengan lebih baik dan mampan.

Lazimnya terdapat beberapa cara terbaik pengurusan masa harian yang boleh di praktikan, dan antaranya adalah seperti berikut :

Cara Terbaik Pengurusan Masa Harian



Tetapkan had masa untuk setiap tugas

Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Sentiasa tanya diri sendiri, bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Bilakah ianya perlu diselesaikan.  Adalah lebih bagus untuk menyiapkan tugasan lebih awal supaya anda ada lebih masa untuk memeriksa tugasan anda.  Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti. Ini juga akan membantu kita untuk lebih fokus dalam menyiapkan tugasan yang kita perlu lakukan.

Buat perancangan jadual harian

Membuat serta menyusun atur jadual harian adalah tindakan bijak agar aktiviti yang dilakukan seharian teratur dengan baik. Dalam masa sama, ia bukan sahaja menjimatkan masa malahan ia juga mampu mengelakkan daripada pembajiran. Perancangan yang rapi mampu memberi kesan yang mampan serta hasil yang baik.

Elakkan bertangguh

Elakkan sifat atau tabiat bertangguh dalam melaksanakan sesuatu perkara. Lazimnya jika di amalkan sifat ini, pastinya sesuatu kerja yang telah di rancang tidak akan selesai sama sekalinya. Oleh yang demikian sifat tangkas dan terus memgambil tindakan adalah lebih baik agar hasil yang bakal diperolehi lebih memuaskan

Post a Comment

0 Comments