Doa di pagi Hari Jumaat.
Bismillahirrohman nirrohim.
Allah huma solli ala saidina Muhammad waala alihi wasabbihi wasaalam.
Ya Allah ya tuhan kami, kami bermohon kepada mu ya Allah
Doa Di Pagi Hari Jumaat |
Sihatkanlah dan kuatkanlah, serta lindungilah diri kami, tubuh badan kami, roh nyawa kami, daripada segala penyakit, daripada segala musibah
Ya Allah, permudahkanlah urusan dan pencarian kami pada hari yang penuh barokah ini, dan begitu jugalah pada hari - hari seterusnya. Kurniakan lah kami rezeki yang halal dan bersih
Ya Allah ya tuhan kami, ampunilah dosa - dosa kami, dosa - dosa ketua orang kami, dosa - dosa sabahat kami, dosa - dosa muslimin dan muslimat. Tempatkanlah kami di kalangan orang - orang yang baik, iaitu khusyuk mengerjakan akan apa yang di amanahkan dan menjauhi serta mengelak apa yang di larang
Ya Rahman Ya Rahim, kukuhkanlah persaudaraan di kalangan kami, agar kami sentiasa hidup dalam aman dan damai sejahtera.
Robbana atina fiddunnia hassana wafil ahirati hasanna, wakina azabannar.
Subahan robbilka robbil izzati ammayasifun wasolamur alamursalim walhamdulillah hirobbil alammin
Aminn ya rabbal alamin..
0 Comments