Motosikal Antik

Motosikal Antik

Motosikal antik merupakan salah satu motosikal yang telah lama, namun mempunyai nilai yang tinggi dipasaran serta permintaan ramai. 

Lazimnya, motosikal antik adalah unik dengan rekaanya serta berjenama mahal. Motosikal seumpama ini sangat sukar diperolehi, melainkan pengemarnya yang masih menyimpannya untuk tujuan hobi / koleksi semasa - mata.

Di samping itu juga, motosikal antik jarang digunakan oleh pemiliknya, melainkan jika terdapat acara yang di anjurkan oleh sesebuah organisasi yang melibatkan perhimpunan, penayangan atau pameran kepada umum.


Motosikal Antik


Selain daripada itu, hobi menyimpan motosikal antik bukan sahaja menjurus kepada nilai harganya malahan juga kepada keunikan ciptaan motosikalnya. Kebiasaanya semakin lama semakin tinggi dan berharga nilainya.

Motosikal antik ini, memiliki keunikanya kerana melihat pada tayarnya dimana, saiz tayar hadapan adalah lebih kecil berbanding tayar belakang. Hal ini kerana, tayar belakang dipasangkan saiz yang besar bagi tujuan kemampuan motosikal untuk menampung bebanan yang berat. Dalam pada itu juga ia boleh membantu kepada kesimbangan semasa ianya berjalan di jalan raya.

Kelebihan - kelebihan memakai atau menunggang motosikal antik, andalah diantaranya berikut:
  • Kelihatan bergaya dan berketerampilan unggul
  • Menjadi tumpuan ramai semasa menunggang motosikal antik di jalan raya
  • Bersemangat serta keyakinan yang tinggi
  • Mempunyai peluang tinggi terhadap pengumpulan aset yang bernilai tinggi di masa - masa akan mendatang
  • Dapat di warisi oleh anak - anak pada masa akan datang

Post a Comment

0 Comments