Panorama Taman Rekreasi Ujana Rimba Tropika

Panorama Taman Rekreasi Ujana Rimba Tropika

Taman ujana rimba tropika merupakan salah satu taman rekreasi kegunaan ramai. Taman ini terletak di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Perjalanan dari pintu gerbang udara KKIA menuju ke taman ujana rimba tropika hanya mengambil masa lingkungan 15 ke 20 minit sahaja dengan menaiki kenderaan awam atau persendirian. 

Taman ini sangat mempersona pemandanganya kerana sekelilingnya masih di rimbuni oleh pokok - pokok yang menghijau, terasa nyaman dan segar apabila memulakan senam khususnya berjoging atau berbasikal.


Panorama Taman
Rekreasi Ujana Rimba Tropika


Umumnya, saban minggu taman ini di kunjungi oleh puluhan ramai pengunjung untuk aktiviti beriadah bersama sanak keluarga. Seronoknya, taman ini dilengkapi dengan kemudahan permainan kanak - kanak yang memudahkan kanak - kanak untuk bermain, tatkala ibu bapanya bersenam joging.

Di samping itu juga, taman ujana rimba tropika ada disediakan kemudahan asas seperti tandas awam, cafe untuk santai minum  dan makan serta tempat duduk atau ruangan rehat. 

Dalam pada itu juga, kemudahan parking kenderaan yang luas dan selesa, serta kawasannya yang berpagar meyakinkan lagi para pengunjung untuk beriadah di taman berkenaan. 

Taman ujana rimba tropika adalah percuma di kunjungi pada bila - bila sahaja kerana ia adalah kegunaan bersama. Oleh itu, marilah beriadah demi kesihatan bersama dan sentiasalah kita saling menjaga harta benda awam demi kegunaan bersama.

Post a Comment

0 Comments