Berdoa adalah salah satu perbuatan yang baik dan memberi manfaat kepada kehidupan seharian apabila mencari rezeki seharian.
Secara lazimnya, doa boleh diungkapkan pada bila - bila sahaja mengikut niat yang ikhlas dan kekhusyukan dalam diri, ia bukannya hanya di lajukan selepas menunaikan solat fardhu atau sunnat.
Mendahulukan doa sebelum mwmbuat sesuatu perkara adalah tindakan yang bijak kerana perkara yang d lakukan diminta keizinan daripada Ilahi sebelum memilikinya, ketahuilah bahawa Allah SWT maha mengetahui akan segalanya yang berada di muka bumi.
Doa Awal Pagi |
Doa waktu pagi, untuk perkongsian semua yang mana mudah di baca dan di fahami untuk peningkatan ilmu pengetahuan bersama:
Bismillahirrihmanirrohim
Ya Allah SWT ya Tuhan kami, ampunilah dosa - dosa kami, dosa - dosa kedua orang tua kami dan tempatkanlah kami d kalangan orang-orang yang baik dan beriman.
Ya Rahman ya Rahim, permudahkanlah urusan pencatian rezeki harian kami, limpahkanlah dengan penuh keberkatan rezeki yang halal yang engkau redhai.
Lindungilah diri kami ya Allah SWT dari segala bala bencana, sihatkanlah anggota tubuh badan kami, agar kami sentiasa sihat dan kuat dalam melaksanakan perkara - perkara kebaikan. Jauhilah kami dari segala perkara - perkara yang tercela yang boleh menyebabkan keruntuhan perpecahan ummah.
Aaminn ya rabbal alamin..
0 Comments