Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat hari raya aidiladha kepada seliruh muslimin dan muslimat di seluruh pelusuk dunia. Semoga para kalian sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan serta rezeki yang halal lagi diberkati.

Lazimnya hari raya aidiladha adalah salah satu perayaan yang diraikan setiap tahun oleh ummat islam selain daripada hari raya aidilfitri. Hari raya ini juga sinonim dengan panggilan hari raya korban atau hari raya haji.

Hari raya aidiladha juga adalah hari mengingati peristiwa Nabi Ibrahim A.S yang mendapat perintah Allah SWT pada ketika itu untuk berkorban dengan menyembeli anaknya Nabi Ismail A.S. Begitu berat dan peritnya pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. namun demi perintah Allah SWT ia dilaksanakan dengan hati yang tenang dan sabar.



Selamat Hari Raya Aidiladha



Dalam masa sama, hari raya aidiladha juga adalah waktu di mana ummat muslim dan mislimat yang berkemampuan khususnya terpanggil untuk menunaikan ibadah haji di kota Mekkah.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama - sama memghayati disebalik perayaan hari raya aidiladha. Setiap kelakuan pasti ada pengorbanan dan ikhlaskanlah dengan hati terbuka kerana ia satu ujian dan pasti akan mendapat balasan yang lebih baik, Insha Allah, Aaminn.

Justeru itu, di ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha.

Post a Comment

0 Comments