Mohamad Danial atau lebih dikenali sebagai Danial Zaini merupakan salah seorang artis tempatan yang berasal dari Negeri Pulau Mutiara.
Beliau yang mulai dikenali dengan lawak jenakanya dan kini menjadi pemgacara di salah sebuah stesen radio.
Beliau juga memiliki bakat suara semulajadi dengan meniru nata atau intonasi suara beberapa artis dan orang kenamaan, membuatkan dirinya menjadi dikenali dan sentiasa muncul di saluran media sosial.
Terdahulu, beliau dikenali sebagai artis beliau telah bekerja sebagai Kru Produksi dan pernah menjadi Pengarah dalam muzik video Penyanyi Encik Mimpi dalam Lagu Ayuh Tinggalkan Dia pada tahun 2014. Beliau pernah berkhidmat di syarikat akbar Utusan Melayu Berhad sebagai Jurukamera sebelum menyertai pertandingan realiti TV terbitan Astro Lawak Solo pada tahun 2016 dan bergelar Juara.
![]() |
Biodata Danial Zaini, Artis |
Maklumat diri.
Nama penuh:
- Mohamad Danial bin Mohd Zaini
Nama popular:
- Danial Zaini
Nama lain:
- Danial Tiro
Tarikh lahir:
- 27 September 1993
Umur pada tahun 2022:
- 29 tahun
Asal:
- Negeri Pulau Pinang
Pasangan hidup:
- Puan Yasmine Umaira Binti Yahya
Tingkat Pendidikan:
- Diploma in Broadcasting And Film
Pekerjaan:
- Pelakon, pelawak, penyanyi, penyampai radio
0 Comments