Pantun Pertama
Pergi ke masjid solat teraweh
Pergi bersama rakan dan taulan
Marilah kita sentiasa berkasih
Semoga berbahagia di bulan ramadan
Pantun Kedua
Indahnya puasa di bulan ramadan
Pelbagai juadah di bazar ramadan
Amalkanlah pemakanan cara seimbang
Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang
Pantun Ketiga
Kueh mueh pelbagai hidangan
Untuk berbuka di waktu sungkai
Janganlah kita bermusuh - musuhan
Tingkatkan budaya hidup harmoni
Pantun Keempat
Berpuasa selama 30 hari
Penuh nikmat perbersih nurani
Sifat dengki janganlah di pelajari
Tingkatkanlah ibadah setiap hari
Pantun Kelima
Bulan ramadan bulan keberkatan
Marilah berpuas dengan penuh keikhlasan
Jadikanlah diri insan beriman
Semoga amalan kekal berzaman
Pantun Keenam
Membeli belah di bazar ramadan
Pelbagai hidangan menyelerakan
Marilah kita berpuasa sebulan
Semoga amalan menjadi bekalan
Pantun Ketujuh
Muslimin muslimat duduk setempat
Bergurau senda dengan penuh erat
Janganlah bermusuhan sesama umat
Marilah berbahagia dunia akhirat
0 Comments