Buat Di Hari Jumaat Pasti Dapat Pahala

Buat Di Hari Jumaat Pasti Dapat Pahala

Hari jumaat seperti yang diketahui ramai bahawa hari jumaat adalah penghulu segala hari. Hari yang penuh dengan keberkatan dan rahmat bagi sekalian makhluk di alam muka bumi ini.

Malam jumaat juga, adalah malam di mana apabila memohon doa kepada Allah SWT pasti akan di kabulkan.



Buat Di Hari Jumaat Pasti
Dapat Pahala




Oleh yang demikian, marilah kita melakukan perkara berikut agar mendapat ganjaran pahala berlipat kali gandanya;
  • Datang awal ke masjid dengan niat iktikaf dan membaca kitab suci al-quran sebelum tibanya waktu solat fardhu jumaat
Dengan niat iktikaf di dalam masjid, iaitu hanya duduk diam akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Sesungguhnya dia sangat maha pemberi dan mengasihani.
  • Mandi untuk membersihkan anggota diri daripada kekotoran
Mandi di hari jumaat adalah satu nikmat yang baik, selain membersihkan diri, ia juga akan mendapat ganjaran pahala. Dalam masa sama, ia menjadikan diri bebas daripada bendasing dan merasakan anggota badan sentiasa segar.
  • Memotong kuku serta mencabut bulu - bulu pada badan
Perbuatan sedemikian adalah baik kerana menghias diri agar kelihatan kemas dan segak, dan dalam masa sama mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Memotong kuku dan mencabut bulu memberi keselesaan pada diri, dan merasa semangat apabila anggota badan kelihatan kemas, bersih dan segak.
  • Menghias diri dengan pakaian yang cantik - cantik dan bersih
Pada hari jumaat juga ada baiknya memakai pakaian yang cantik, kemas dan bersih serta semburan wangi - wangian. Dalam masa sama, ia juga membantu menaikkan semangat diri dalam melakukan kerja - kerja seharian.


Post a Comment

0 Comments