Bazar ramadan adalah satu tapak perniagaan yang disediakan oleh pihak berwajib atau berkuasa kepada orang awam untuk berniaga di musim bulan ramadan.
Mejoritinya, barangan yang di dagangkan adalah menjurus kepada makanan dan minuman untuk memudahkan para mereka yang mengerjakan ibadah puasa untuk berbuka puasa.
Justeru itu, terdapat banyak kelebihan apabila berniaga di bazar ramadan, antaranya:
Kelebihan pertama
Mampu meningkatkan pendapatan dengan cepat. Hal ini kerana bazar ramadan adalah tumpuan ramai untuk mendapatkan sumber makanan bagi berbuka puasa
Kelebihan kedua
Berniaga di tapak ramadan, dapat memupuk ikatan silaturrahim di kalangan peniaga dan juga para pengunjung. Kenal mengenali dapat dibentuk dengan utuh dan harmoni.
Kelebihan ketiga
Penggunaan kos yang berpatutan. Di tapak bazar ramadan kos yang diperlukan adalah murah dan berpatutan. Ia hanya di bayar sekali bagi tempph sebulan berniaga.
Kelebihan keempat
Kelebihan berniaga di tapak ramadan adalah meriah dengan kehadiran orang ramai berpusi - pusu untuk membeli. Dalam masa sama, pelbagai juadah di nikmati untuk berbuka puasa.
Kelebihan kelima
Menghilangkan rasa kebosanan, ini kerana dengan hafirnya ramai pembeli, ia mampu memberi semangat untuk berniaga, apatalagi jika jualan habis di dagangkan sudah pasti memberi kepuasan dan keseronokan lumayan.
0 Comments