Pokok kelapa adalah salah satu tumbuhan buah - buahan yang mempunyai khasiat baik kepada kesihatan anggota badan. Rasanya buahnya yang manis dengan airnya yang menyelerakan membuatkan buah kelapa semakin mendapat permintaan tinggi di hati pengguna.
Dalam pada itu, pokok kelapa juga sangat istemewa berbanding pokok buah - buahan yang lain. Ini kerana, tumbuhan ini, hampir keseluruhannya berguna, dari batangnya hinggalah ke daunnya.
Situasi buah kelapa kembar memang jarang di jumpai, namun tidak mustahil buah - buahan juga ada yang kembar seperti buah pisang. Melihat pada paparan gambar di bawah yang mana isi buah lelapa yang kembar tiga menarik perhatian warga maya. Tambahan lagi ketiga - tiganya mempunyai isi.
Buah Kelapa Kembar Tiga |
Menurut myteamnetwork, itulah yang terjadi di media sosial baru-baru ini apabila seorang pengguna facebook, Tuan M E-One memuat naik sekeping gambar buah kelapa kembar 3 ke Grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ini. Baru 2 jam dimuat naik, perkongsian itu pantas mendapat 28k tanda suka dan sudah dikongsi lebih 900 kali. Ia sudah cukup untuk menggambarkan bahawa fenomena berkenaan adalah sesuatu yang janggal untuk kita semua.
Tidak dapat dipastikan bila dan dimana gambar berkenaan diambil, tetapi yang pastinya netizen tidak berhenti-henti bercakap mengenai buah kelapa kembar 3 tersebut. Rata-rata, menyatakan kekaguman dan memuji kebesaran Yang Maha Mencipta diatas keunikkan buah kelapa kembar 3 disaksikan mereka.
sumber: myteamnetwork Buah Kelapa Kembar Tiga |
Terhadulu kegunaan - kegunaan tumbuhan poko kelapa antaranya:
Batang kelapa
- Dijadikan sebagai titi atau jembatan
Buah kelapa
- Dimakan dan juga di dagangkan
Daun kelapa
- Dibuat atap atau dinding rumah
Tempurung kelapa
- Di proses untuk dijadikan perhiasan
Sabut kelapa
- Digunakan sebagai bahan bakar, membakar ikan
Lidi kelapa
Di bersihkan dan di jadikan penyapu lidi
Umbut kelapa
- Bahan makan iaitu sebagai sayur
Akar kelapa
- Sebagai bahan bakar, untuk memanggang
0 Comments