Tindakan Bila Di Gigit Anjing Gila

Tindakan Bila Di Gigit Anjing Gila

Anjing gila adalah sangat merbahaya kepada kesihatan badan, ia juga boleh membawa maut jika tidak di cegah dengan segera dan bijaksana.

Rabies atau penyakit anjing gila, terjadi apabila di gigit atau tergigit oleh anjing gila.

Oleh yang demikian, langkah atau tindakan segera haruslah di lakukan apabila di gigit oleh anjing gila, antaranya tindakan adalah berikut;


Tindakan pertama

Cuci luka dengan air mengalir dan sabun selama 15 minit dan ke atas


Tindakan kedua

Sapu luka dengan menggunakan antiseptik (mengandungi lodin) atau ubat sapu, dan seterusnya balut dengan pembalut


Tindakan ketiga

Dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang berdekatan


Maklumat lebih lanjut, boleh rujuk pada flayers di bawah milik kepada kementerian kesihatan malaysia (kkm)


Lanjutan daripada itu, tindakan bijak haruslah di lakukan dengan melaporkan terdapatnya haiwan anjing gila di kawasan berdekatan kepada jabatan veterinar untuk tindakan selanjutnya.


Langkah mencegah daripada haiwan anjing gila.

Elakkan daripada memelihara haiwan anjing

Laporkan kepada pihak berwajib jika d kawasan kediaman terdapat anjing berkeliaran

Jika memelihara haiwan berkenaan, pastikan ia di jaga dalam kandang atau d ikat bagi mengelakkan jiran - jiran tetangga terganggu

Sentiasa berwaspada dan jauh daripada haiwan khususnya anjing gila

Post a Comment

0 Comments