Iktikaf adalah satu perbuatan duduk diam di dalam Masjid, yang mana di mulai dengan niat. Iktikaf juga adalah bertafakur di dalam Masjid mencari keredhan Allah SWT.
Terdapat banyak kelebihan apabila beriktikaf di dalam Masjid, tidak kira waktu, hari atau bulan, di antaranya adalah berikut;
Kelebihan pertama
Ganjaran untuk orang selalu atau beriktikaf adalah selama mana dia duduk dalam Masjid akan mendapat rahmat Allah dan walaupun ia sengaja tidur (dengan niat beriktikaf) maka akan tetap mendapat pahala yang berterusan.
Hal sesemikian jelas diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud:-
Kelebihan kedua
Manakala, dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu ia berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Apabila sesorang itu sudah berwudhu dengan sempurna dan berjalan ke masjid dengan niat semata-mata hendak bersembahyang, maka setiap langkah yang dilaluinya itu akan mendapat ganjaran pahala dan menghapuskan satu dosanya.
Kelebihan ketiga
Seseorang yang beriktikaf di dalam masjid (dengan ada wudhu) selepas selesai sembahyang, para malaikat berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala memohon ampun untuknya. Dan selagi dia beriktikaf di dalam masjid menunggu untuk bersembahyang, dia akan terus menerus mendapat pahala seolah-olah dia itu sedang sibuk melakukan sembahyang
Niat beriktikaf di dalam Masjid
Kelebihan Iktikaf Di Masjid |
Jenis - jenis iktikaf
- Iktikaf sunnat
Iktikaf sunnat iaitu yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk bertaqorrub kepada Allah SWT seperti; iktikaf 10 hari terakhir bulan Ramadan.
- Iktikaf wajib
Dan iktikaf yang wajib iaitu yang didahului dengan nazar (janji), seperti: "Kalau Allah SWT menyembuhkan penyakitku ini, maka aku akan beriktikaf.
Syarat - syarat beriktikaf di Masjid
- Berakal / waras
- Bersih dari segala kekotoran
- Berwuduk
- Muslim
Keluarga berilmu khususnya aspek keagamaan dapat di tingkatkan dan dalam masa sama gejala sosial serta jenayah secara automatiknya beransur kurang.
👉 Lakukan perkara ini di hari jumaat pasti akan mendapat ganjaran pahala berlipat ganda
👉 Inilah dia masjid memukau dan terapung di borneo
0 Comments