Menabung adalah salah satu perbuatan yang dilakukan dengan menyimpan sesuatu yang mempunyai nilai iaitu (wang ringgit) ke dalam tabung simpanan atau mana - mana institusi perbankan.
Manfaat Menabung |
Perbuatan seumpama ini sangatlah baik dan banyak manfaatnya, antaranya adalah berikut;
- Persediaan di waktu - waktu yang perlu
Menabung wang ringgit mampu membantu keperluan di masa - masa yang getir, seperti apabila berlakunya kegawatan ekonomi, masalah peribadi yang memerlukan duit dan sebagainya.
- Membantu orang lain
Hasil tabungan juga boleh di gunakan untuk membantu keluarga atau sanak keluarga yang memerlukan dan berada dalam kesulitan melampau.
- Melunaskan hutang piutang
Tindakan menabung boleh menyelesaikan segala kesulitan yang ada khususnya hutang piutang yang ditanggung. Dengan adanya tabungan segala bebanan hutang dapat di langsaikan secara lumsump.
- Dapat membeli sesuatu perkara dengan tunai
Hasil tabungan yang mencukupi, ia boleh dijadikan modal untuk membeli sesuatu perkara seperti rumah, memulakan perniagaan dan swbagainya.
0 Comments