Pernahkah anda bertanya kepada diri anda bahawa betapa pentingnya kesihatan anggota badan?
Pernah anda bertanya kepada selain anda bahawa pentingnya kesihatan anggota badan?
Perkara - perkara yang boleh dilakukan demi meningkatkan kesihatan anggota badan dengan lebih baik dengan mengamalkan pemakanan seimbang, melakukan senaman berkala, berkomunikasi secara sihat, bersosial dengan baik, dan seterusnya sentiasa berdoa kepada Ilahi dengan memohon agar sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sejahtera.
Pentingnya Kesihatan |
Merujuk kepada persoalan diatas, sudah pasti jawapannya adalah sangat dan tersangat penting, hal ini kerana menyumbang kepada beberapa penyebab, antaranya adalah:
- Pentingnya kesihatan adalah demi kelangaungan hidup. Hal ini kerana, sekiranya anggota mental dan fizikal sentiasa sihat, secara langsung ia mampu menyumbang kepada kelangaungan hidup yang baik.
- Pentingnya kesihatan, kerana apabila anggota mental dan fizikal sihat, ia mendorong kepada keupayaan badan untuk bergerak melakukan kerja harian dengan baik.
- Kesihatan yang baik juga membawa kepada kelincahan dalam melakukan kerja sama ada meliputi perbualan atau perbuatan.
- Pentingnya kesihatn, kerana membantu kepada menilai atau menaakul sesuatu perkara dengan baik. Dalam erti kata lain, dapat membezakan sesuatu perkara yang negatif dan positif
0 Comments