Panorama Anjung Senja

Panorama Anjung Senja

Anjung senja merupakan salah satu tempat makan dan minum yang terletak di tengah - tengah kota bandaraya Kota Kinabalu. Anjung ini menjadi tumpuan ramai, kerana lokasinya yang berhadapan dengan laut.

Persekitaran anjung juga di lengkapi dengan kemudahan asas seperti parking kenderaan, tandas awam, dan tempat berehat di berhadapan restoran. 


Panorama Anjung Senja 



Di samping itu, pengusahanya juga terdiri daripada penduduk tempatan dan menu hidangan yang disediakan sangatlah segar serta menambat selera makan. Juada ala seafood / makanan laut menjadi hidangan utama dan memdapat peemintaan yang tinggi di hati pelanggan.

Kawasan anjung juga sangat bersih dan selesa semasa menjamu selera. Tempat duduk yang empuk, memudahkan pelanggan rasa selesa walaupun yang hadir bersama sanak keluarga atau rakan taulan.

Post a Comment

0 Comments